Hotel ini bernama Samosir Cottage Hotel di Danau Toba, Medan, Indonesia.
Tengok gambar pun sudah cukup menggamit perhatian. Kami dapatkan hotel ini melalui jurujual wisata yang terdapat di feri. Mereka ini tidak dilantik oleh mana-mana hotel, namun mereka membantu dan mendapat komisen dari pihak hotel. Untuk 2 malam kami menetap di situ dengan bayaran sebanyak Rp380,000 sahaja. Murah bukan.
Suasana pagi amat dingin dan penuh berkabus sepertinya anda berada di awangan. Sejuk paginya memamng membuatkan kita malas untuk bangun. Jika berani terjun saja ke dalam kolam renang itu.Hehehe..
Biliknya agak luas dengan tingkap ala-ala kampung dan agak terbuka sedikit sebenarnya. Mungkin ini agak membataskan aktiviti malam anda juga. Terdapat perkhidmatan internet disediakan dan jika rindu orang di kampung boleh juga menggunakan Skpye untuk berhubung. Tiada sarapan pagi disediakan pihak hotel, namun anda boleh membuat pesanan. Keadaan malam agak ramai kerana ramai yang keluar untuk minum, mungkin bosan sebab tiada televisyen.
Jika ingin mencuba menetap disini boleh sahaja bertanyakan tentang Samosir Cottage kepada jurujual yang terdapat di feri.Jangan keliru sebenarnya terdapat dua sepertinya dengan nama yang sama iaitu Samosir Villa. Sama pemilik katanya.
Untuk maklumat cari saja di internet.