Tuesday, December 7, 2010

Hembusan Dingin Di Danau Toba

Ketemu lagi kita kali ini bersama entri terbaru saya. Alamak termasuk pula loghat Indonesia kali ni. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan perjalanan saya bersama isteri ke Medan, Indonesia. Pada satu ketika saya melayari website www.malaysiaairlines.com saya cukup tertarik melihat tawaran MAS ke Medan iaitu hanya RM150 pergi balik ke sana. Kesempatan diambil dengan harga semurah itu dan terbanglah kami berkelana semala 4 hari 3 malam ke sana.

Add caption



Perjalanan selama kira-kira 40 minit melepasi Selat Melaka membawa ke bumi Medan, lapangan terbangnya agak sesak juga kedatangan pelancong asing. Sesampainya di sana sempatlah juga berposing mengambil gambar berlatarbelakangkan Lapangan Terbang. Keadaan agak kelam kabut dengan bilamana kami mahu mengambil bagasi dengan lagak ringan tulang pengangkat barang. Biasanya dengan keikhlasan kita memberi tetapi kadangkala ada yang meminta sehingga Rp20,000.
Terkejut juga bila melangkah keluar apabila melihat stesen minyak nasional kita Petronas dihadapan lapangan terbang. Perasaan bangga terus menyelinap dan saya sebagai rakyat Malaysia patriotik amat bertuah dilahirkan di bumi Malaysia. Kami mengambil teksi ke stesen bas dengan harga Rp50,000. Sungguh, Medan adalah tempat asing dan saya tidak tahu ke mana ingin dituju.
Kami mendapatkan idea untuk terus ke Danau Toba atau Lake of Toba. Perjalanan pergi mengambil masa 6 jam harganya juga murah iaitu Rp12,000. Memang asing bila kita mengikuti bas bersama-sama penduduk tempatan dengan ragam yang sungguh unik dengan keadaan bas yang tidak ada air-cond untuk perjalanan sepanjang 6 jam. Temapt duduk bukan berdua seperti kebiasaannya tetapi bertiga,kami sengaja menyimpan barang di tengah supaya tiada siapa yang dapat duduk bersama kami. Sempat juga bergaduh dengan isteri dan dia sempat merajuk dengan saya dan bersumpah tidak akan ikut saya lagi kerana tidak menyangka keadaan seperti itu. “Sabarlah sayang”, itu saja yang dapat saya cakap.
Sempat juga bas pancit.
Apabila sampai sahaja ke Danau Toba, hilang penat selama 6 jam menaiki bas.Timbul pula perasaan puas dapat sampai ke sini. Apabila ada penjual yang cuba menjual bilik di limbungan feri tidak bermakna mereka menipu.Jika kita bersetuju itu adalah sedikit rezeki yang kita berikan pada mereka. Sekali pandang lagak mereka seperti pencuri,perompak dan apa saja gelaran yang mungkin kita bagi apabila melihat mereka.Sebenarnya mereka mendapat sedikit komisen daripada pihak hotel.
Untuk pengetahuan kalian, terdapat banyak hotel, Inn, rumah tumpangan di pulau tersebut. Saya menetap 2 malam di Samosir Cottage dengan harga yang cukup murah iaitu kira-kira Rp480,000 untuk 2 malam tersebut. Hotel yang saya duduki memang cukup berbaloi dengan saya hanya perlu membuka pintu untuk mendapatkan pemandangan indah Danau Toba.
Namun disini tiada televisyen kerana yang ada hanyalah masa untuk “ To Be Together” dengan isteri saya. Bagi saya itu adalah bagus kerana itulah tujuan melancong sebenarnya. Tanpa air panas di dalam bilik, ditambah dengan angin sepo-sepoi membuat kami ingin terus berada dalam bilik dan berpelukan.

Lihatlah tempat kami menetap. Sungguh cantik dan pastinya berbaloi.
Namun apabila saya cakap hotel itu murah jangan percaya kerana terdapat yang lebih murah jika anda cari sendiri. Malam itu kami hanya makan di sebuah gerai makanan Islam. Untuk pengetahuan kalian di Danau Toba, Kebanyakkan penduduknya ialah berbangsa Batak yang masih banyak beragama Kristian, jadi untuk mencari makanan halal di pulau itu adalah sukar. Makanannya agak mahal sedikit kerana mungkin kawasan itu sukar dicapai dari pekan terdekat.

Best juga berdua


Aku Heromu

Perkampungan Diraja Batak

Bakal Pemimpin Kota
Hari kedua kami menyewa sebuah motosikal dengan harga serendah RM35 sehari untuk berjalan  memahami  budaya tempatan. Kami sempat berkunjung ke penempatan kaum Batak yang dahulunya merupakan Istana Raja Batak. Serba sedikit tentang raja Batak, mereka agak terkenal dengan rumah  meruncing dan rajanya dulu mempunyai isteri yang ramai. Namun rumah dibina tanpa bilik melainkan tempat untuk menyimpan beras.

Raja juga mempunyai penasihat yang mahir dalam sihir atau ilmu dukunan.
Ini adalah serba sedikit budaya,rumah, dan juga kawasan penempatan Batak.
Dating disini ya

Masih unik

Tenang juga disini

Tour Guide tidak rasmi
Jika ingin berpacaran juga ada ruang khas dan tidak boleh keluar dari kawasan tersebut.
Petanngya kami menuju ke pekan untuk membeli ole-ole. Ingat, mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menarik anda ke dalam kedainya. Mereka akan mengatakan anda orang pertama yang masuk ke kedai mereka dan juga faktor usia,anak meraka untuk menarik kalian ke dalam kedai mereka.
Kalian perlu membawa balik atau membeli kain songket kaum batak dengan harga semurah Rp35.000.
Mungkin juga kalian perlu membeli kain pelikat yang berbau wangi bila digesek dengan harga semurah Rp25,000. Berbaloi membeli sesuatu yang tiada di tempat kita.
Hari ketiga kami pulang semula ke Bandar Medan menaiki kereta dengan bayaran Rp75,000. Lebih selesa dengan hanya berkongsi seramai 7 orang termasuk pemandu. Masa yang lebih pendek iaitu 3 ½ jam dan pemandu akan menghantar kalian terus ke hotel tempat tinggal. Perkhidmatan ini boleh didapati hampir setiap jam di tempat kalian menaiki menaiki feri untuk ke Danau Toba.
Di Medan kami menetap di Hotel Surabaya sesuai dengan budget kami ketika itu. Hotel agak lama dengan kemudahan terbatas namun sarapan pagi disediakan. Jika tak silap saya harganya juga murah iaitu Rp330,000. Siang harinya kami ke Istana Maimon  milik persendirian dan dikelolakan oleh orang tua yang akan merungut jika anda memberi bayaran masuk yang sedikit.
Ini merupakan shoot menarik yang diambil.
Maranti Cake House

Istana Maimon

Agak ngeri juga menaiki roda tiga




Banyak artis yang sudah membeli disini
Medan juga terkenal dangan perusahaan pembuatan kek legit.Jika di Miri Kek Lapis yang terkenal ialah siti Payung. Antara jenama yang terkenal adalah Lapis Meranti dan juga Zulaikha. Meranti dimiliki oleh usahawan Cina dan cukup terkenal dengan kehadiran ramai artis tempatan Indonesia. Zulaikha juga cukup terkenal dengan keunikan pembungkusan tersendiri. Harga tidak jauh berbeza dengan apa yang dijual di Miri, Sarawak.
Kami juga sempat berkunjung ke Durian Cake House  yang hanya menjual produk berasaskan durian. Tempat ini juga cukup terkenal dengan perusahaannya.
Nikmatilah pemandangan menarik di Medan.
Tempat makan yang kami kunjungi di Medan seperti Koki Sunda memang menarik sehinggakan kotak tapau juga berbeza dan disediakan untuk pelanggan. Kami turut membawa balik tapau tersebut ke tempat asal kami. Nasi Ayam Penyet dan juga Nasi Empal. Enak dan cukup menarik.
Di Koki Sunda



Add caption

Add caption
Kami dapat merumuskan pemergian kami ke Medan banyak membantu perusahaan yang sama dan kunjungan ke Danau Toba merapatkan hubungan kami. Mungkin baik juga jika tiada televisyen di rumah ya.

No comments:

Post a Comment

Kalau nak apa-apa info tentang tempat yang saya lawati tinggalkan pesanan disini.