Tuesday, December 7, 2010

Melaka Negeri Bersejarah Ala Venice

Melaka kota bersejarah. Melawat Melaka beerti anda melawat Malaysia. Itulah gambaran yang diberikan orang Melaka tentang negeri Melaka. Kini pada tahun 2010, Melaka adalah sebuah negeri maju setanding Kuala Lumpur. Keluar saja melalui  susur Ayer Keroh dari lebuhraya Utara Selatan, kita bagaikan disambut pintu gerbang besar. Selamat Datang.
Disebelah kiri terdapat Taman Mini Malaysia, Taman Lebah Sedunia dan juga Zoo Melaka. Sebagai negeri kecil perjalanan ke Bandar Melaka adalah tidak sukar namun perjalanan agak terbatas dengan sistem jalan sehala dan juga jumpalah kenderaan yang banyak.
Saya agak bertuah kerana pada masa itu, Melaka sedang melangsungkan Sukan Malaysia dan hampir kesemua hotel telah penuh. Dengan harga yang agak tinggi dapatlah saya menetap di Hotel Orkid. Hotel ini terletak di belakang Hotel Renaissance. Hotel ini bertaraf 3 bintang dan saya secara peribadi begitu suka dengan keramahan pelayan-pelayan di hotel ini, namun agak kecewa kerana penyewa hotel ini menjalankan aktiviti kurang sihat iaitu aktiviti pelacuran di pusat rawatan refleksologinya.
Kita tinggalkan pengalaman itu disini untuk iktibar kita.

Asam Pedas Kota Laksamana memang cukup membuat kita melelehkan air liur. Jika anda ke sini makanlah asam pedas yang dihidangkan seperti asam pedas kepala jenak, asam pedas ikan kembung, asam pedas tetel, asam pedas ikan pari. Memang cukup menyelerakan, harganya juga tidak beitu mahal.




Menyusuri Jonker Street sepertinya membawa kita kembali ke zaman baba nyonya, puluhan mungkin ratusan gerai di kiri dan kanan menjual pelbagai cenderamata Melaka dan kepakaran Melaka. Di sesetengah gerai, anda akan dibawa masuk ke kedai utama menjual lebih banyak barang collectable seperti lukisan dan barang antik. Jika berkesempatan ke sini anda perlu mencuba aiskrim yang dibuat sendiri menggunakan kaedah lama. Gerainya berada di sebelah kanan di penghujung jalan
Jika anda pengumpul duit-duit lama terdapat sebuah gerai yang menjual barang tersebut. Harganya tidaklah juga mahal. Penggemar makanan tempatan, anda tidak perlu hirau kerana banyak restoren yang menjual makanan Baba Nyonya. Harganya juga adalah berpatutan. Melihat kembali banguna-bangunan disitu pastinya akan membawa kita ke zaman jajahan Portugis suatu ketika dahulu.Eleman Baba Nyonya juga banyak diserapkan lebih-lebih lagi dalam susun atur perabot.
Satu lagi aktiviti menarik yang boleh kita lakukan disini adalah menulusuri sungai Melaka menggunakan perkhidmatan ala-ala “Water Taxi”. Bila melihat ke kiri dan kanan seolah-olah kita berada di Venice ditemani neon-neon lampu menarik ditambah pula bangunan-bangunan lama di sepanjang jalan. Perkhidmatan ini berharga RM10 dan saya yakin kalian juga akan berangan sementara.
Lihatlah gambar-gambar ni untuk dikongsi bersama.

Tak dapat banyak gambar di upload kerana memori hp hilang.
Jika bertandang ke sini jangan lupa pula untuk membeli sedikit ole-ole Melaka ya.

No comments:

Post a Comment

Kalau nak apa-apa info tentang tempat yang saya lawati tinggalkan pesanan disini.